Thursday, December 13, 2012

HARI KELUARGA DI SHAN SHUI GOLF RESORT

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Jika teman-teman berkunjung  Ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu,teman-teman jangan lupa singgah di Tawau,sesungguhnya di Tawau banyak tempat-tempat yang menarik salah satu ialah  di SHAN SHUI GOLF RESORT,banyak kemudahan yang di sediakan di sana.Lokasi ini di Pentas Utama yang mengadap kolam renang.Hari ini saya dan anak-anak mengikut suami menyambut Hari Keluarga Telekom Malaysia yang di buat di SHAN SHUI GOLF GOLF RESORT.




Kolam Renang di sediakan untuk pengunjung mandi-manda,di mana keselamatan terjamin kerana anak-anak sentiasa diawasi oleh perkerja  yang telah di latih tentang keselamatn di kolam renang.







Kenderaan ini boleh membawa pengunjung ke lokasi bermain golf.Pemandangan di sini sungguh cantik dan mendamaikan,sesuai untuk menghilangkan tekanan kerja.












Jangan lepaskan peluang untuk menikmati percutian di SHAN SHUI GOLF RESORT,tempat ini sesuai untuk mengadakan hari keluarga,percutian  dan untuk mencari ketenangan.Banyak kemudahan yang disediakan unuk teman-teman,percutian anda akan  menjadi lebih indah dan bermakna.Tempat menginap yang selesa  ada di sediakan.

Bagai aur dengan tebing

Peribahasa : Bagai Aur dengan tebing


Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama lain. Seumpama serumpun aur di tebing. Aur menumpang pada tebing untuk mendapatkan air, manakala tebing pula memerlukan aur supaya tebing tidak mudah terhakis.

Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu seperti aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan.

Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala lapangan kehidupan. Sebagai contoh, mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong. Begitu juga jika ada majlis perkahwinan, lazimnya orang kampung akan bergotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut. Bahkan sesetengah tempat, orang kampung membina masjid secara bergotong-royong.

Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama digigit”.

Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh masyarakat di bandar serta generasi muda kerana semangat bekerjasama ini semakin kurang diamalkan oleh mereka.

_______________________________________________

Senaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam karangan di atas.
1. “Bagai Aur Dengan Tebing” bermaksud tolong-menolong.
2. Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya.
3. Bekerjasama dan saling bantu-membantu akan memudah dan mempercepatkan kerja.
4. Nilai ini sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar.
5. Harus diteladani terutama oleh masyarakat di bandar serta generasi muda.



Biar lambat asal selamat

Peribahasa : Biar Lambat asal selamat


Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baik.

Ada sesetengah orang kurang sabar dalam melakukan sesuatu kerana pelbagai sebab sehingga mereka mengabaikan akibatnya.

Sebagai contoh, seorang pemandu yang memandu kenderaannya dengan laju kerana ingin segera sampai ke destinasi, akhir mengalami kemalangan di jalan raya.

Setelah terjadi kemalangan, pemandu itu tentu menyelasal kerana memandu dengan laju. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini tidak mudah ditimpa bencana dalam setiap tindakan yang dilakukannya, kecualilah jika itu sudah ditakdirkan tuhan.

Kesalahan Bahasa dalam bahasa Malaysia

Assaamualaikum dan salam sejahtera

Ramai ibu bapa -salah
Banyak ibu bapa-betul

Di pukul satu-salah
Pada pukul satu-betul

Para-para penonton-salah
Para penonton-betul

Setengah orang-salah
sesetengah orang-betul

Berbagai jenis kuih-salah
Pelbagai/berbagai-bagai jenis kuih-betul

Tiap guru-salah
Tiap-tiap guru-betul

Beribu penonton -salah
beribu-ribu penonton-betul

segala ekor binatang-salah
segala binatang-betul

oleh kerana-salah
oleh sebab-betul

Thursday, December 6, 2012

Contoh karangan : Cita-Cita Saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Cita-cita merupakan sesuatu impian seseorang.Cita-cita saya ialah menjadi seorang akauntan.Itulah cita-cita saya sejak kecil lagi.
Menurut ibu ,seseorang akauntan merupakan manusia yang berjasa.Akauntan akan menguruskan kewangan sesebuah syarikat.Malahan ,akauntan juga akan menasihati pihak pengurus syarikat supaya memperoleh keuntungan yang besar.
Saya akan berusaha dengan tekun bagi memastikan cita-cita saya ini akan menjadi kenyataan.Semasa di sekolah ,saya berminat dengan mata pelajaran Matematik.Cikgu Lo yang mengajar mata pelajaran ini ,sering memuji saya kerana mendapat markah yang tertinggi setiap kali peperiksaan diadakan.
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang cita-cita saya ini ,saya sering melayari internet bagi mendapat serba sedikit maklumat tentang kerjaya seorang akauntan.
Saya berharap agar cita-cita saya ini akan menjadi kenyataan apabila saya dewasa kelak.Sebelum itu ,saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh.


Hasil karya:Chai Yu Wen
SJK(c)Chung Hua No.3
10 Tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...