Friday, November 23, 2012

Adab Menghormati Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.
Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.
Sabda Rasulullah saw
Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.
Cara beradab menghormati guru
- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
- Mengucap salam setiap kali bertemu guru
- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
- Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
- Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
- Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
- Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
- Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

Thursday, November 15, 2012

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

**   **   **   **   **

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. 

Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan mereka.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. 

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan.

Friday, November 9, 2012

Ucapan: Tanggungjawab Anak-anak Terhadap Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk Ucapan saya pada pagi ini ialah  "Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa".

Hadiran sekalian,

Anak-anak mestilah bertanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Antara tanggungjawab tersebut ialah menghormati ibu bapa dengan sepenuh hati.

Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka. Bertuturlah dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.

Sebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku atau moral. Elakkan daripada memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya.

Rakan-rakan sekalian,

Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas rumah, dan sebagainya lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh mereka akan menjadi lebih ringan, di samping dapat menambahkan kasih sayang antara setiap ahli keluarga.

Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati ibu bapa. Antara caranya ialah dengan belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Janganlah mengecewakan harapan mereka dengan bermain-main semasa belajar dan sebagainya.

Di samping itu, anak-anak mestilah senantiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Sesungguhnya jasa mereka tidak akan terbalas dengan apa cara sekalipun. Oleh hal yang demikian, amat wajarlah kita mendoakan kesejahteraan mereka terutamanya setiap kali selepas sembahyang.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru rakan-rakan agar hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita. Janganlah kita lupa akan jasa mereka apabila besar atau berjaya dalam kehidupan nanti. Ingatlah, pemergian ibu bapa kita tidak akan ada gantinya.

Sekian, terima kasih.

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Amar : Assalamualaikum…!

Aini    : Waalaikummussalam…! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah…

Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu…

Aini : Saya baca buku agama bertajuk ‘Bukti-bukti Kebesaran Allah’. Banyak kebaikannya
         membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai keimanan saya semakin meningkat.

Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab itulah
           kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi
           mereka.

Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar?

Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual sahaja
           sebagai mengisi masa lapang saya sekarang…

Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan membaca buku-buku.
         Dapatlah masa lapang itu diisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Amar : Betul Aini. Tapi… saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang berfaedah juga.
           Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya.

Aini : Eem… betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita membaca buku.
         Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan semakin bertambah.Maaf, boleh
         saya bertanya, markah kertas ujian karangan kamu baru-baru ini berapa?

Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya rasa susahlah nak
           buat karangan tu. Awak pula bagaimana?

Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu membaca, saya
         berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan. Awak selalulah membaca,
         mungkin awak akan mendapat markah yang lebih tinggi nanti.

Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang saya dengan
           membaca buku.

Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca juga dapat
         menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh menghiburkan kita di pasaran
         sekarang seperti majalah ‘Kuntum’ dan sebagainya.

Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka depannya dijual
           di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk membelinya.

Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah majalah yang
         baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya majalah yang menyebabkan
         kita berbuat dosa.

Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari pun sudah semakin
           senja.

Aini : Baiklah.

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,

Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.

Hadirin sekalian,

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.

Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".

Sekian, terima kasih.

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.

_________________________________________________________________________

Rangka karangan

Pendahuluan
-Alamat pengirim
-Tarikh
-Kata-kata aluan dan bertanya khabar

Isi utama
1.      menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagaipunca rezeki
2.      berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi kepantai untuk melihat nelayan pergi dan pulang
3.      masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan, satu sekolah dengan dengan saya
4.      sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, sering membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihatdan peransang

Penutup
- menjemput rakan untuk bercuti


______________________________________________________________________________

                                                                                                      No. 13,
                                                                                                      Kampung Nelayan,
                                                                                                      Kuantan, Pahang.

                                                                                                      30 April 2012

Assalamualaikum,


Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.

Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.

Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.

Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.

Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.

Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.

                                                                                                        Sahabatmu
                                                                                                         Amirull

Rencana: Banjir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tulis sebuah karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Rangka Karangan :

Pendahuluan  - bencana alam
                          -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur.
                          -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)

Perenggan ke-2   - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi sungai.
                                   - banyak harta benda musnah
                                   - haiwan ternakan dan tanaman mati
                                   - kerugian besar            

Perenggan ke-3  - mengancam nyawa
                             - aliran air deras dan dalam
                             - lemas  

Perenggan ke-4  - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air
                             - ada yang nahas terkena atau terperangkap benda
                                    merbahaya
                             - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit
                                 
Penutup     - berhati-hati
         - berpindah segera sebelum air naik

*****************************************

Banjir

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut.

Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.

Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang alirannya  deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.

Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.  

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Peribahasa: Kalau Tak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi.

Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.  

Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat kuih. Dalam masa yang sama juga, Amiera berusaha mengulang kaji pelajaran. Rakan-rakan Amiera yang mampu akan pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Amiera hanya belajar di rumah tanpa bimbingan daripada sesiapa.  Dia percaya, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Oleh sebab itu, Amiera bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh.

Pada hari Isnin, guru besar memberitahu bahawa peperiksaan SPM akan bermula pada minggu hadapan. Guru besar berharap agar semua calon SPM di sekolahnya mengulang kaji pelajaran dengan lebih tekun lagi. Amiera berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulang kaji pelajaranya. Ibunya pula sentiasa berdoa dan memberi dorongan kepadanya agar Amiera berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

Berkat doanya dan ibunya serta usaha Amiera yang gigih, dia telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Amiera amat bersyukur dan berasa sungguh gembira.

Guru-guru dan rakan-rakannya sangat bangga atas kejayaan Amiera. Apatah lagi ibunya yang amat mengharapkan kejayaan anaknya itu. Amiera berjanji akan terus berusaha supaya dapat membantu ibunya kelak. Akhirnya, Amiera telah mendapat segulung ijazah dan pekerjaan yang terjamin. Kini ibunya hidup lebih senang bersamanya.

Perbincangan: Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan
kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar.

Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok-pokok yang menghijau, burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman, jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.

Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar seperti air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.

Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong, bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara
satu sama lain. Dengan ini, hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.

Suasana yang tenteram dan damai, udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.

Melengkapkan Cerita: Alia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera



Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun…

Mulakan cerita dengan:
Aku pun…

_____________________________________________


Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.

Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. “Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi”, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ.

Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka tersebut.

Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. “Kaki Alia cuma terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk.

Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Assalamulaikum dan salam sejahtera



Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh rangka karangan.

Pendahuluan
- Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun
- jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan
- tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun
- menambahkan ilmu pengetahuan
- memupuk semangat keusahawanan

Perenggan ke-2
- bertolak dengan menaiki bas
- tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang
- mendengar taklimat

Perenggan ke-3
- dibawa ke bahagian memproses sabun
- proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi
- pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas
- peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra

Perenggan ke-4
- dibawa ke bahagian pembungkusan sabun
- pelbagai jenis sabun sedang diproses
- mesin yang canggih
- diberi jamuan ringan
   
Penutup
- setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang
- cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan
- peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan


*** *** *** *** ***


Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.  
   
            Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

              Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                               25 Januari 2010

                                                                                         
..................................................
(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)
Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup

Fakta: Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Cara-cara  Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Kepupusan spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang.

Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan .

Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan.

Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja. Penguatkuasaan ini dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.

Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa.

Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang. Ini akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan.

Akhir sekali, hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya perlulah dipindahkan segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh.

Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak ternilai ini.

Cerita: Kampungku dilanda banjir


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.

_______________________________________________________________________


Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu. keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.

Akhirnya, kami dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat walaupun berasa agak sedih melihat seluruh kampung kami telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa orang kawan sebaya.

Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.

Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.


sumber : karangansr

Biografi: Kehidupan Seorang Nelayan Kecil-kecilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN KECIL-KECILAN

Pak cik Karim seorang nelayan kecil-kecilan. Dia menjadi nelayan semenjak berumur 13 tahun lagi. Kebiasaannya, Pak cik Karim akan turun ke laut kira-kira pukul 12.00 malam dengan menaiki sebuah bot gentian kaca yang berenjin. Dia memandu botnya dengan berhati-hati menuju ke tempat bubunya dipasang.

Setibanya di tempat tersebut, Pak cik Karim segera menarik tali-tali yang mengikat bubu-bubunya dengan sepenuh tenaga. Bubu-bubunya itu sangat berat, apatah lagi jika penuh berisi setelah sehari dibiarkan terendam di dalam laut. Semasa itu juga, matanya sentiasa memerhati kandungan bubunya kerana bimbang jika terdapat ular atau haiwan yang berbisa di dalamnya.

Setelah bubu berjaya dinaikkan, Pak cik Karim akan membuka pintu kecil di bubu itu untuk melepaskan semua hasil tangkapannya di perut bot sebelum bubu tu di campak semula ke dalam laut.

Selepas itu, proses memilih hasil tangkapan pula dimulakan. Dia melakukannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan terkena sengatan ikan sembilang dan sebagainya. Ini pernah dialaminya dahulu menyebabkan hampir seminggu dia tidak dapat turun ke laut .

Selepas semuanya selesai, pak cik Karim melabuhkan pula pukat yang panjangnya dalam 200 meter. Kemudian, dia mengikat botnya pada kayu pancang pukat untuk berehat sambil menjamah bekalan atau tidur sehinggalah sampai masa pukatnya ditarik semula.

Kira-kira pukul 5.00 pagi, Pak cik Karim bangun untuk menarik pukat dan memungut ikan-ikan yang terjerat di pukatnya . Hampir setengah jam kemudian, kerja-kerja memungut itu pun selesai. Pak cik Karim segera pulang ke jeti untuk sembahyang Subuh dan menjual hasil tangkapannya kepada peraih.

Begitulah kehidupan Pak cik Karim seharian sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Kerjanya ini sangat mulia kerana telah menyumbangkan hasil laut kepada kita semua. Tidak semua orang mampu melakukan kerja seperti ini. Oleh itu, hargailah serta bersyukurlah dengan hasil laut yang kita nikmati.

Sumber: http://www.ertihidup.com/2012/02/kehidupan-seorang-nelayan-mylife.html

Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Andaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan tentang Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan berita tersebut.

** ** *** ** **

PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.

Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang sukan.  Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.

Di sekolah,  Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.

Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.

** *** **


Terima kasih.

Contoh berita ini telah disalin oleh:

 Adik Aiman dan Wafiq

dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang pada 21 April 2012.


***

sumber asal : karangansr

Autobiografi: Aku Sehelai Baju

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

                                                                                                         No. 74, Taman Seri Merapoh,
                                                                                                         27210 Merapoh,
                                                                                                         Kuala Lipis,
                                                                                                         Pahang. Darul Makmur.

                                                                                                         26 Januari 2011

               Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

               Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

              Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

              Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

               Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

              Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

              Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

                                                                                                             Sahabatmu,


                                                                                                             .............................
                                                                                                             (Khairi bin Zaideen )


Sumber asal : karangansr.bs.com

Strategi Menjawab Soalan Pemahaman Part II

Assalamualaikum


BAHAGIAN PEMAHAMAN

Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan.

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:


A. Baca dan faham

Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.

Contoh soalan:

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.


B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.


C. Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang)


D. Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.

ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.

iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.

v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.

vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.


Ingat!:
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.

Sumber : Berita Harian (25 Ogos 2009)

Strategi menjawab Soalan Bahasa Melayu (PEMAHAMAN) Part I

Assalamualaikum

SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.


BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.


A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih


B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.


C. Kesan

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah 'menyampaikan' (Bulatkan perkataan menyampaikan).

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.


D. Pilih

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

Pilihan jawapan yang paling tepat

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:

* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.

* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.

* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa.

* Segera jawab soalan bahagian petikan.

* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.


Bersambung ..

Panduan Menulis Karangan Bahasa Melayu Part II

Assalamualaikum




(Entry ini adalah sambungan daripada entry yang lepas )



TUJUAN ANDA MENGARANG
menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.


PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup

A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.


B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.


Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?


C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

Petua Menulis Karangan Bahasa Melayu Part I

Assalamualaikum


PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )
Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.
Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

JENIS KARANGAN BERFORMAT


  • Jenis Surat Kiriman Rasmi
  • Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
  • Karangan jenis Ucapan
  • Karangan jenis Syarahan
  • Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
  • Karangan jenis Berita
  • Karangan jenis Catatan Diari
  • Karangan jenis Laporan
  • Karangan jenis Perbahasan
  • Kad Jemputan


JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT

  • Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
  • Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
  • Karangan Jenis Fakta / Penerangan
  • Karangan Jenis Perbincangan
  • Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
  • Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
  • Karangan Jenis Peribahasa

Thursday, November 8, 2012

Video Majlis Hari Anugerah Sk Lahad Datu II Tahun 2012

Assalamualaikum 

Gambar-gambar Majlis Hari Anugerah Kecermelangan SK Lahad Datu II Tahun 2012.









Enjoy ! :)


Panduan Menulis Karangan Bahasa Melayu

Assalamualaikum



Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.


 Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karanganB. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Contoh Karangan : Jenis Catatan

Assalamualaikum

ARAHAN : Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang sambutan Hari Guru tersebut.



RABU, 16 MEI 2012

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.

12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.

01.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

Wednesday, November 7, 2012

Contoh Karangan : Surat Kiriman Rasmi

ASSALAMUALAIKUM



Kelab Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.



Pegawai Daerah,
Kompleks Kerajaan,
28000 Temerloh,
Pahang. 02 Oktober 2012



Tuan,

PERCEMARAN DI KAMPUNG BELENGU

Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah pencemaran di Kampung Belengu, Temerloh, Pahang.


2. Percemaran ini berlaku sebaik sahaja pembukaan operasi kuari di Bukit Ara. Pembukaan ini telah menyebabkan debu-debu berterbangan dan berlakunya pencemaran udara. Banyak penduduk menghidapi asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.


3. Pembukaan kuari ini juga, telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Sungai yang dahulunya, merupakan sumber ikan yang banyak kini telah tercemar. Airnya pula telah menjadi keruh dan berlumpur.


4. Kerja-kerja pembukaan ini juga telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Keadaan ini telah menganggu ketenteraman penduduk kampung.


5. Saya bagi pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu memohon jasa baik tuan untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,



(NUR NADIRAH BT. AHMAD)
Pengerusi
Kelab Persatuan Alam sekitar,
Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...